Talent & Tech Asia Summit 2024
SOP untuk Pelan Pemulihan Nasional Malaysia (Jan 2022)

SOP untuk Pelan Pemulihan Nasional Malaysia (Jan 2022)

Tandai halaman ini: Butiran mengenai perjalanan ke Malaysia, perintah penyeliaan untuk kontak rapat kes COVID-19, kelayakan untuk perjalanan rentas negeri dan rentas sempadan, dan banyak lagi.

READ IN ENGLISH

Awal bulan ini, Majlis Keselamatan Negara Malaysia (Majlis Keselamatan Negara/MKN) mengeluarkan satu set prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa Empat Pelan Pemulihan Nasional negara.

SOP ini akan digunakan di seluruh negara. Satu set tambahan SOP juga akan dikenakan kepada individu di Labuan [di sini], Sabah [di sini], dan Sarawak [di sini].

Butiran mengenai perjalanan ke Malaysia, perintah penyeliaan untuk kontak rapat kes COVID-19, kelayakan untuk perjalanan rentas negeri dan rentas sempadan, dan banyak lagi boleh didapati di bawah:

Vaksinasi lengkap

  1. Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
    • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cominaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
    • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
  2. Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Warganegara dan bukan warganegara yang pulang/ tiba dari luar negara

  1. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah lengkap divaksin, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital tertakluk kepada penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perincian yang dikeluarkan oleh KKM.
    • Menunjukkan bukti laporan ujian RT PCR dengan keputusan negatif yang dijalankan 3 hari sebelum berlepas.
    • Mempunyai sijil sah vaksinasi COVID-19 dos lengkap (bergantung kepada jenis vaksin).
    • Tiada gejala semasa saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara (PMA).
    • Mempunyai tempat kediaman yang sesuai untuk dijalankan kuarantin.
  2. Individu yang pulang / tiba dari luar negara dan belum lengkap divaksin atau tidak divaksin perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan serta tertakluk kepada perincian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  3. Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari luar negara adalah 7 hari di rumah (jika sesuai) atau stesen kuarantin bagi pengembara dengan vaksinasi lengkap. Manakala tempoh kuarantin wajib 10 hari di stesen kuarantin bagi pengembara yang tidak divaksin lengkap.
  4. Pengembara dikehendaki membuat penilaian kendiri setiap hari melalui Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera dan aktiviti ini perlu diteruskan sehingga tamat tempoh kuarantin (sama ada 7 hari atau 10 hari dari tarikh ketibaan).
  5. Pengembara dikehendaki menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 iaitu ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di PMA.

Perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat

  • Tempoh kuarantin 7 hari di rumah bagi individu yang lengkap divaksin.
  • Tempoh kuarantin 10 hari di rumah bagi individu yang tidak lengkap divaksin

Protokol Test and Release

  1. Program rintis protokol test and release (T&R) bagi pengembara yang tiba dari negara yang berisiko rendah sahaja.dengan syarat perjalanan atau itinerary yang ketat dan terhad bagi lawatan rasmi kepada kumpulan pengembara seperti berikut:
    • Pembesar Negara
    • Menteri
    • Timbalan Menteri
    • Menteri Besar
    • Ketua Menteri
    • Exco Kerajaan Negeri
    • Ahli-ahli Parlimen ➢ Pegawai-pegawai Kerajaan
  2. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah:
    • Mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bersama dokumen sokongan kepada KKM bagi tujuan kelulusan.
    • Menjalani ujian RT-PCR 3 hari sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
    • Menjalani ujian RT-PCR setibanya di mana-mana pintu masuk negara.

Protokol Kesihatan Umum

  1. Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  2. Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  3. Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
  4. Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
  5. Majikan, pekerja, pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca (sekiranya tiada liputan internet) sebelum memasuki premis termasuk di pejabat Kerajaan, swasta dan persendirian.
  6. Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
  7. Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.
  8. Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” dalam MySejahtera atau Kad Vaksinasi COVID-19 dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.
  9. Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
  10. Individu berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam.
  11. Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dalam sesuatu masa.
  12. Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
  13. Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
  14. Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
  15. Memastikan VENTILASI DAN SISTEM PENGUDARAAN yang baik di premis berdasarkan garis panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
  16. Mematuhi garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).
  17. Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
    1. Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
    2. Ruang kerja bersendirian.
    3. Aktiviti sukan dan rekreasi.
    4. Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah.
    5. Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
    6. Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).

Kawalan pergerakan

  1. Rentas negeri dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan/pasport sebagai pembuktian.
  2. Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 12 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
  3. Kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak dibenarkan di kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  4. Pergerakan pekerja merentas negeri adalah tertakluk kepada pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
  5. Pergerakan individu yang belum lengkap divaksin bagi tujuan kes kematian dan kecemasan dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  6. Pergerakan individu, pengangkutan barangan dan pengangkutan awam bagi semua jenis kenderaan dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan dan lesen pendaftaran kenderaan.
  7. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi 24 jam.

Perkhidmatan awam dan swasta

  1. Kapasiti kehadiran 100%.
  2. Perkhidmatan Awam tertakluk kepada arahan semasa Ketua Setiausaha Negara.
  3. Mematuhi garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).

Mesyuarat dan temu duga

  1. Mesyuarat dan temu duga bersemuka dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.
  2. Mesyuarat parti dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada 50% kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal. Sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
  3. Individu yang belum divaksin perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan atau mengikuti mesyuarat secara sidang video.
  4. Mesyuarat digalakkan untuk dilaksanakan secara sidang video.

Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah serta mice

  1. Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah serta MICE (Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions) dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.
  2. Individu yang belum divaksin perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.
  3. Menjalani ujian pengesanan COVID-19 apabila melakukan aktiviti selaras dengan garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).

Majlis rasmi kerajaan dan swasta

  1. Majlis rasmi Kerajaan dan swasta dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.
  2. Individu yang belum divaksin perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.
  3. Digalakkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 apabila melakukan aktiviti selaras dengan garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).

Dine-in

  1. Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in dengan mematuhi syarat berikut:
    • Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala.
    • Pemilik premis perniagaan MESTI memaparkan notis penerimaan pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis.
    • Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala sahaja dibenarkan bekerja.
    • Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.
    • Aktiviti dine-in dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 4 - Perdagangan Pengedaran.
  2. Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 12 tahun ke bawah untuk dine-in di premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

Aktiviti industri kreatif dan hiburan

  1. Semua aktiviti industri kreatif dengan individu telah divaksin lengkap dibenarkan tertakluk kepada pematuhan SOP terperinci. Aktiviti-aktiviti industri kreatif yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    • Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.
    • Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan.
    • Penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio.
    • Busking.
    • Persembahan di lounge hotel.
    • Persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pradaftar).
    • Panggung wayang.
  2. Mematuhi garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).

 Aktiviti pelancongan dan kebudayaan

  1. Aktiviti pelancongan dan kebudayaan dibenarkan kepada pengusaha/ operator, pekerja dan pelawat/ pengunjung yang telah lengkap divaksin dengan penjarakan fizikal tertakluk kepada kapasiti ruang premis yang dibenarkan serta mematuhi SOP-SOP yang berkaitan:
    • ✓ Produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo, dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
    • ✓ Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya).
    • ✓ Aktiviti Eko-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white-water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya).
    • ✓ Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain.
    • ✓ Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga.
    • ✓ Lawatan Bersifat Akademik (Pusat Sains, Planetarium, Petrosains).
    • ✓ Acara Pelancongan dan Kebudayaan.
  2. Digalakkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 apabila melakukan aktiviti selaras dengan garis panduan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (sila rujuk laman sesawang KKM).
  3. Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak12 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
  4. Aktiviti pelancongan merentas negeri dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin kecuali kawasan-kawasan yang disytiharkan PKPD atau tidak dibenarkan oleh Kerajaan.
  5. Penginapan di hotel dan homestay yang berlesen dan berdaftar dibenarkan bagi tetamu yang telah lengkap divaksin.
  6. Lain-lain aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List) perlu mengikut SOP-SOP Sektor Pelancongan dan Kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.

Senarai aktiviti yang tidak dibenarkan

  1. Aktiviti hiburan
    • Aktiviti di kelab malam atau pub.
  2. Aktiviti pelancongan dan kebudayaan
    • Aktiviti pelancongan ke dalam negara yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali yang melibatkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa.
  3. Aktiviti sukan dan rekreasi
    • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan MELEBIHI kapasiti yang ditetapkan.
    • Penganjuran kejohanan/ pertandingan/ acara sukan dan rekreasi TANPA kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
  4. Lain-lain yang tidak dibenarkan
    • Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
    • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Baca set penuh SOP yang merangkumi butiran tentang operasi penjagaan kanak-kanak, tetapan sekolah dan sukan dan masa lapang, di sini.


Photo / 123RF

Follow us on Telegram and on Instagram @humanresourcesonline for all the latest HR and manpower news from around the region!

Free newsletter

Get the daily lowdown on Asia's top Human Resources stories.

We break down the big and messy topics of the day so you're updated on the most important developments in Asia's Human Resources development – for free.

subscribe now open in new window